moving word dekat tabs

28 June 2012

antara 2 cinta ...

apa yang ada jarang disyukuri
apa yang tiada sering dirisaukan
nikmat yang dikecap
baru kan terasa bila hilang
apa yang diburu timbul rasa jemu
bila sudah di dalam genggaman

dunia ibarat air alut 
diminum hanya menambah haus
nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
panas yang membahang disangka air
dunia dan nafsu bagai layang-layang
dilihat ada ditangkap hilang

TUHAN...leraikanlah dunia
yang mendiam di dalam hatiku
kerana di situ tidak kumampu 
mengumpul dua cinta

hanya cinta-MU kuharap tumbuh
dibajai bangkai dunia yang kubunuh
apa yang ada jarang disyukuri
apa yang tiada sering dirisaukan

** diadaptasi daripada buku DI MANA DIA DI HATIKU ? karya Pahrol Mohd Juoi
... faizamirulfuad

24 June 2012

airmata itu ...

kita sering meronta meraung mengenang akan sesuatu yang terlepas dari genggaman kita
cinta terutamanya
manusia sering terjatuh akibat cinta
seolah kuasa cinta itu terlalu kuat mempengaruhi hidup kita sebagai manusia
sedih yang membuatkan airmata kita mengalir tanpa diundang
namun disebalik titisan airmata yang kita titiskan itu
ada implikasi yang buruk terjadi
jom kita hayati gambar ini .....


" SETITIS AIR MATA KITA YANG MENGALIR UNTUK SESEORANG YANG BUKAN MUHRIM KITA, KITA AKAN MENCEMARKAN SUNGAI DI SYURGA ... "

kata-kata yang sudah cukup membuatkan aku tergamam
kita sering mengharapkan sesuatu yang tidak pasti
sehingga kita lupa mengharapkan sesuatu yang sepatutnya kita harapkan
iaitu ....
HIDAYAH DARIPADA ALLAH


" disaat Allah ambil seseorang dari hidup kita, jangan terlalu sedih. Allah pasti akan hantar yang lebih baik "

... faizamirulfuad

23 June 2012

I didn't failed myself ..



at least I can walk away knowing I did nothing wrong that I gave it my all and you failed me 
I didn't failed myself ...

... faizamirulfuad

22 June 2012

cinta tu tak kejam ...

awak ...
hari ni saya belajar sesuatu tentang cinta
baru saya tahu yang cinta tak boleh diungkap dengan kata-kata
baru saya tahu yang cinta juga tak boleh diukur dengan janji
kita perlu menyintai seseorang bukan sebab janji kan awak ?? 
kita perlu ikhlas ....

awak ...
hari ni juga saya belajar sesuatu yang baru
cinta memang memerlukan pengorbanan tapi kadang-kadang tu kan awak ...
kita perlu korbankan cinta kita
memang kita akan rasa sakit tapi ia untuk kebaikan kedua-dua pihak
inilah yang dinamakan pengorbanan yang sebenar
tapi saya nak awak tahu yang saya tak sanggup kehilangan awak


awak ...
cinta telah banyak mengajar saya erti kehidupan
cinta mengajar saya erti kesabaran
cinta mengajar saya erti berusaha
cinta juga mengajar saya untuk menjadi lebih kental dalam meneruskan hidup ini

awak ..
mungkin sekarang ramai yang tak percaya cinta
saya sedih sangat awak
cinta ini adalah anugerah Allah pada kita
kita perlu guna sebaiknya kan awak
kita perlu hargai pemberiaan Allah ni ...
#adaptasi


ketika kamu bertemu sseorang yang sangat bererti buatmu
hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti 
dan kamu harus mmbiarkannya pergi ..

" cinta tu tak kejam, hanya manusia yang tak reti menilai cinta "

... faizamirulfuad

kesilapan ..

sering kali apa yang tidak kita jangka terjadi dalam hidup kita
kadang-kadang niat kita nak nasihat
 tapi mungkin kerna cara penyampaian kita yang salah, niat baik kita gagal
mungkin kita belum cukup baik untuk menasihati orang yang jauh lebih baik dari kita

aku sedih dan terkilan bila hasrat aku nak bagi nasihat bertukar kepada sesuatu yang tidak diingini
salah aku jugak sebab mungkin cara dan masa aku menyampaikannya kurang sesuai
setiap kata yang kita lontarkan sebenarnya kita tak tahu apa perasaan orang yang menerimanya

kadangkala kita terkasar hanya kerana ingin menekankan fakta yang cuba kita sampaikan
tapi ingat, orang lain juga punya perasaan
mereka juga punya pendapat yang mungkin bercanggah
maka, berpada-padalah dalam memberi pendapat kita

tapi
sekarang aku dah rasa serba salah untuk aku berkata-kata tentang pandangan aku
takot orang benci akan diri aku ni dek kerana kata-kata aku
takot peristiwa lama yang terus menghantui aku kembali berulang

mungkin itu kesilapan aku
rasa bersalah aku mungkin menjadi isyarat bahawa Allah dah lembutkan hati aku
dengan rasa bersalah ni aku tak ulang lagi kesilapan lalu
bak kata kawan aku seorang ni ..

*********************************************************************************


... faizamirulfuad