makin lama aku rasa aku dah makin kuat untuk lupakan perasaan aku dekat kau .. mereka beri kekuatan dekat aku .. mereka buat aku senyum .. mereka buat aku ketawa .. ramai kawan aku kenal dan mereka punya pelbagai kisah yang jauh lebih perit daripada apa yang aku rasa .. tapi mereka kuat .. mereka terus melontarkan senyuman biarpun kadangkala senyuman mereka hanyalah senyuman palsu hanya kerana mahu menceriakan teman-teman mereka yang sentiasa berada disisi mereka .. mungkin mereka faham akan erti belajar menerima dan menghargai apa yang ada di depan mereka .. setiap hari aku mengumpul kekuatan .. daripada mereka .. kadangkala keceriaan aku hanya palsu di depan mereka .. melihat telatah mereka buat aku tersenyum .. terasa ingin jadi seperti mereka .. sentiasa tersenyum biarpun aku tahu dalam hati mereka tersimpan luka yang cukup pedih .. kadang-kadang hidup ini kita tak mampu nak duga .. disebalik keceriaan itu terselit kedukaan dan disebalik kedukaan itu pasti tersimpan 1001 keceriaan yang kita sendiri perlu cari .. aku patut berterima kasih dekat kau sebab aku banyak belajar daripada apa yang dah berlaku .. mungkin kalau kau terima aku, aku takkan pernah belajar erti berusaha, erti menghargai, erti bersyukur .. terima kasih untuk segala-galanya .. aku doakan kau jumpa yang terbaik untuk kau suatu hari nanti .. you deserve someone better .. biarlah aku dapat orang yang selayaknya .. aku tak baik macam lelaki lain .. biarlah aku jadi yang terbaik untuk seseorang yang telah ditakdirkan untuk aku .. dan kau pun jadilah yang terbaik untuk si adam yang telah ditakdirkan untukmu .. sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui .......
... faizamirulfuad
Tweet
No comments:
Post a Comment