sering kali apa yang tidak kita jangka terjadi dalam hidup kita
kadang-kadang niat kita nak nasihat
tapi mungkin kerna cara penyampaian kita yang salah, niat baik kita gagal
mungkin kita belum cukup baik untuk menasihati orang yang jauh lebih baik dari kita
aku sedih dan terkilan bila hasrat aku nak bagi nasihat bertukar kepada sesuatu yang tidak diingini
salah aku jugak sebab mungkin cara dan masa aku menyampaikannya kurang sesuai
setiap kata yang kita lontarkan sebenarnya kita tak tahu apa perasaan orang yang menerimanya
kadangkala kita terkasar hanya kerana ingin menekankan fakta yang cuba kita sampaikan
tapi ingat, orang lain juga punya perasaan
mereka juga punya pendapat yang mungkin bercanggah
maka, berpada-padalah dalam memberi pendapat kita
tapi
sekarang aku dah rasa serba salah untuk aku berkata-kata tentang pandangan aku
takot orang benci akan diri aku ni dek kerana kata-kata aku
takot peristiwa lama yang terus menghantui aku kembali berulang
mungkin itu kesilapan aku
rasa bersalah aku mungkin menjadi isyarat bahawa Allah dah lembutkan hati aku
dengan rasa bersalah ni aku tak ulang lagi kesilapan lalu
bak kata kawan aku seorang ni ..
*********************************************************************************
... faizamirulfuad
No comments:
Post a Comment