moving word dekat tabs

14 June 2012

the LEGEND of PPs ...

assalamualaikum
hye readers !!!
ya Allah lamanya aku tak menulis
entri terakhir bertarikh 1 MAY 2012
sebulan yang lalu
ekoran kesempitan waktu dan kesibukan tugas *mungkin*
tugas ?? apa tugas kau ?? bukankah kau tengah cuti sekarang ??
memang lahh ...

************************************************************************************************************
untuk pengetahuan aku telah terpilih untuk menjadi
PEMBANTU PELAJAR MINGGU HALUANSISWA ASASI UM 12/13
satu pengalaman baru buat aku
pada mulanya pihak PASUM hubungi aku tapi aku gagal menjawab panggilan tu
bersyukur sebab beberapa hari lepas tu pihak PASUM call balik
finally 23 Mei aku mendaftar di Kolej Kediaman Ke-12 (KK12) selaku Pembantu Pelajar (PP)
para PP dipersiapkan dengan Kem Intensif Pembantu Pelajar (KIPP) selama 4 hari
aku telah diserapkan ke dalam Biro Logistik & Keselamatan
semua itu demi persediaan untuk menghadapi Minggu Haluansiswa Asasi (MHS Asasi)







27 Mei pun menjengah iaitu tarikh bermulanya Minggu Haluansiswa Asasi
hari pendaftaran menceritakan segalanya
aku ditugaskan untuk membantu Pengawal Keselamatan mengawal trafik
pelbagai kerenah ibu bapa yang dapat aku saksikan
pelbagai soalan yang seperti diulang-ulang diutarakan mereka
tanpa rasa segan silu kami para PP menjawabnya
biarpun hati seperti memberontak menjawab soalan yang sama ratusan kali
tidak kurang juga para ibubapa yang punya kata-kata berbisa
semua itu kami telan dengan pahitnya kerana semua itu telah kami jangka
alhamdulillah masih ada yang faham akan tugas kami dan memberi sokongan





diberitakan pengambilan pelajar Asasi UM pada tahun ini adalah yang teramai dalam sejarah
lebih 1500 pelajar telah mendaftar sebagai pelajar PASUM
ia juga satu cabaran buat kami para PP dan juga pihak PASUM
untuk pengetahuan juga ..
tahun ini adalah julung kalinya MHS Asasi diuruskan sepenuhnya pihak PASUM
tidak seperti sebelum ini,MHS Asasi ini diuruskan sendiri oleh pihak JTK KK12




sepanjang seminggu para PP mengendalikan MHS Asasi,pelbagai cabaran telah kami hadapi
terpaksa menghadapi cuaca yang tidak menentu
yang sedikit sebanyak membantutkan segala perangan program yang telah dirangka
namun sedikit pun diantara kami tidak mengeluarkan kata-kata keluhan
kerana dengam rela hatinya kami menjalankan tugas kami
ianya pengalaman baru buat kami semua
suatu pengalaman yang mungkin hanya sekali seumur hidup




MHS Asasi telah diakhiri dengan Malam Persembahan yang cukup gilang gemilang
seolah terpesona dengan persembahan para pelajar asasi sesi 12/13
mereka hanya diberi persediaan dalam masa kurang dari 5 hari
ucapan Syabass !! buat mereka ...


" from zero to hero. we all become a legend. success. alhamdulillah. " ~ PP Ross
PP awesome !! 



2 comments: