moving word dekat tabs

22 June 2012

ujian itu ..

bila kita ada masalah, mesti kita perlukan seseorang untuk dengar masalah kita
daripada itu kita rasa lega sebab masalah kita dah terluah
memang itu yang patut kita lakukan disaat kita tercekik dengan masalah
cari lah kawan yang boleh kita percayai


namun kita jangan lupa
kawan tak selalu ada dengan kita setiap masa
mungkin disaat kita perlukan mereka, mereka tiada masa untuk kita
mereka juga ada hidup mereka sendiri yang perlu mereka uruskan




kita sering lupa, lupa akan Sang Pencipta
yang sentiasa ada untuk kita disaat kita perlukan tempat mengadu
kita takkan pernah kecewa di saat kita perlukanNya


dekatkan diri pada Allah
kerna masalah itu jua datang dariNya untuk menguji kita
ingatlah disaat kita rasa sendirian, Allah sengaja meletakkan kita di situasi itu
kerna Dia rindu akan rintihan kita memohon pertolongan dariNya
Allah bagi kita ujian sebab Dia sayangkan kita


... faizamirulfuad



18 June 2012

think and learn ..

mengharap itu memang pedih
tapi INGAT
"sesuatu yang terbaik adalah yang paling sukar untuk kita perolehi"

disaat aku mengharap dan mengatakan dia lah yang terbaik
Allah hadirkan seorang sahabat yang buat aku kembali berfikir

*click to enlarge*

mungkin pada kita seseorang itu adalah yang terbaik untuk kita
namun ....
adakah kita telah jadi yang terbaik untuk dia
adakah dia juga yang terbaik disisi Allah untuk kita

*click to enlarge*

bukan susah untuk kita mengatakan seseorang itu terbaik untuk kita
tapi ...
susah untuk kita jadi yang terbaik untuk mereka


" belajarlah menghargai apa yang ada depan kita sebelum terlambat "

... faizamirulfuad


16 June 2012

apakah ianya mustahil ??

semakin hari aku rasa ianya semakin mustahil untuk jadi kenyatan
adakah benar ya Allah ??
adakah ia benar-benar mustahil ??
atau hanya perasaan aku yang mendesak ??

semakin hari aku dapat rasa aku semakin tidak kuat
tidak kuat menghadapi hari yang mendatang
kenyataan yang bakal menentukan siapa aku dan impian aku
kadang-kadang aku sengaja meluahkan impianku padanya
tapi .......
hmm entah laa, aku tak tau apa yang dia rasa ..


sejak dia tahu akan perasaan aku padanya, aku semakin takut kehilangan dia
semakin kuat perasaan aku terhadapnya, begitu juga dengan harapan aku
aku akan berusaha dan terus berusaha
kata orang "kalau kita mahukan yang terbaik, kita kena kuat, kena sabar, kena usaha lebih"

mengejar sesuatu yang mustahil memang sesuatu yang cukup menyakitkan
namun aku terus meneruskan apa yang telah aku mulakan
kerana "tidak ada apa yang mustahil, hanya diri kita yang menjadikannya mustahil"
masa mampu merubah segalanya
berdoalah ...
andai dia ditakdirkan untuk engkau paeh, dia pasti akan menjadi milikmu kelak
namun andai dia tidak tertulis untukmu, redhalah ....


some people will never understand how much they really mean to you
just keep hope alive
.. .faizamirulfuad


14 June 2012

the LEGEND of PPs ...

assalamualaikum
hye readers !!!
ya Allah lamanya aku tak menulis
entri terakhir bertarikh 1 MAY 2012
sebulan yang lalu
ekoran kesempitan waktu dan kesibukan tugas *mungkin*
tugas ?? apa tugas kau ?? bukankah kau tengah cuti sekarang ??
memang lahh ...

************************************************************************************************************
untuk pengetahuan aku telah terpilih untuk menjadi
PEMBANTU PELAJAR MINGGU HALUANSISWA ASASI UM 12/13
satu pengalaman baru buat aku
pada mulanya pihak PASUM hubungi aku tapi aku gagal menjawab panggilan tu
bersyukur sebab beberapa hari lepas tu pihak PASUM call balik
finally 23 Mei aku mendaftar di Kolej Kediaman Ke-12 (KK12) selaku Pembantu Pelajar (PP)
para PP dipersiapkan dengan Kem Intensif Pembantu Pelajar (KIPP) selama 4 hari
aku telah diserapkan ke dalam Biro Logistik & Keselamatan
semua itu demi persediaan untuk menghadapi Minggu Haluansiswa Asasi (MHS Asasi)







27 Mei pun menjengah iaitu tarikh bermulanya Minggu Haluansiswa Asasi
hari pendaftaran menceritakan segalanya
aku ditugaskan untuk membantu Pengawal Keselamatan mengawal trafik
pelbagai kerenah ibu bapa yang dapat aku saksikan
pelbagai soalan yang seperti diulang-ulang diutarakan mereka
tanpa rasa segan silu kami para PP menjawabnya
biarpun hati seperti memberontak menjawab soalan yang sama ratusan kali
tidak kurang juga para ibubapa yang punya kata-kata berbisa
semua itu kami telan dengan pahitnya kerana semua itu telah kami jangka
alhamdulillah masih ada yang faham akan tugas kami dan memberi sokongan





diberitakan pengambilan pelajar Asasi UM pada tahun ini adalah yang teramai dalam sejarah
lebih 1500 pelajar telah mendaftar sebagai pelajar PASUM
ia juga satu cabaran buat kami para PP dan juga pihak PASUM
untuk pengetahuan juga ..
tahun ini adalah julung kalinya MHS Asasi diuruskan sepenuhnya pihak PASUM
tidak seperti sebelum ini,MHS Asasi ini diuruskan sendiri oleh pihak JTK KK12




sepanjang seminggu para PP mengendalikan MHS Asasi,pelbagai cabaran telah kami hadapi
terpaksa menghadapi cuaca yang tidak menentu
yang sedikit sebanyak membantutkan segala perangan program yang telah dirangka
namun sedikit pun diantara kami tidak mengeluarkan kata-kata keluhan
kerana dengam rela hatinya kami menjalankan tugas kami
ianya pengalaman baru buat kami semua
suatu pengalaman yang mungkin hanya sekali seumur hidup




MHS Asasi telah diakhiri dengan Malam Persembahan yang cukup gilang gemilang
seolah terpesona dengan persembahan para pelajar asasi sesi 12/13
mereka hanya diberi persediaan dalam masa kurang dari 5 hari
ucapan Syabass !! buat mereka ...


" from zero to hero. we all become a legend. success. alhamdulillah. " ~ PP Ross
PP awesome !! 



1 May 2012

a word ...

dalam pada HATI meronta menjawab persoalan TAKDIR .. 
KAU hadir memberi cahaya ..


entahlaa ..
aku tahu aku bukan kawan yang baik untuk mereka ..
mungkin DIA dulunya orang yang paling rapat dgn aku ..
namun segalanya berubah atas kesilapan aku sendiri ..
aku cuba untuk kembali mendekatinya ..
seperti dahulu ..
tapi sayang ..
usaha aku sia-sia ..
.. aku hanya ada KAU wahai SAHABAT
 .. aku harap kau terus berasa disisiku
 .. sampai bila-bila
 .. dan kalau boleh
 .. biarlah ianya sampai ke syurga

disaat mereka dahulunya rakan-rakan baik kita 
disaat orang yang dahulunya paling rapat dengan kita semakin menjauhkan diri  
disaat segala-galanya berubah
 layakkah kita mengharap mereka kembali seperti dahulu ...